TPPA Benarkah Memudaratkan?


Tertarik menulis artikel tentang TPPA apabila perhimpunan mega menentang TPPA di Padang Merbok semalam hanya di hadiri 3500 orang sahaja. Malaysiakini kata 4500 orang. Perkasa kata 25,000 orang.

Lawak rasanya melihat kita terhegeh-hegeh memikul sepanduk..yang sah-sah TPPA akan dilaksanakan.

Nukilan si penulis Hanif Idrus memperlekehkan usaha menentang TPPA pasti dibenci oleh segelintir pihak.

Ya, selagi isu-isu nasional diperagakan oleh ahli politik yang berkepentingan seperti PAS atau DAP.

Apa tujuan TPPA
TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.

Intipati TPPA ialah bebas berniaga dengan halangan yang minimum melalui satu guide line yang standard.

Sudah tentu ada pro dan kontra dalam hal ini. Dalam hal puak pembenci TPPA sudah tentu akan mengatakan syarikat Multinasional Amerika akan makan semua peniaga kecil bumiputra.

Tapi adakah situasi kini berbeza dengan sekarang apabila Tesco menjajah pasaran negara maka peruncit kita mati. Tidakkan?

Pembenci TPPA ini kadangkala terlalu kuat
menjerit tetapi kosong ilmu didada.

Malahan kita boleh menjual produk bumiputra kita ke negara lain dengan mudah. Dengan TPPA dahulu kita sukar menembusi pasaran Amerika kini dipermudahkan malahan ditambah 11 negara lagi.

Dengan Malaysia sebagai hub makanan halal maka lagi mudah menjadi pemimpin dalam halal hub. Pasaran halal tak salah dikatakan Malaysia akan menerajui di mata dunia jika kena taktik dan caranya.

Keujudan agensi kerajaan seperti FAMA, MARDI dan segalanya boleh dimaksimumkan membantu memasarkan produk tempatan kita.

Untuk kejayaan TPPA ini aku yakin kita pasti boleh berjaya tetapi sudah tentu memerlukan bantuan agensi kerajaan terutama peniaga bumiputra.

Satu lagi isu ialah ubat-ubatan akan menjadi mahal. Selama ini ubat di Malaysia ini murah ker..hehehehe.
Murah kalau kita pergi ke Klinik Kerajaan dan kita masih boleh pergi walau TPPA dilaksanakan.

Peluang pekerjaan akan bertambah dengan kemasukan pelabur luar negara terutama dalam bidang perkhidmatan. Itu impak baik TPPA.

Banyak lagi yang aku boleh tulis tapi disini aku nak terangkan. Kalau nak cerita keburukan TPPA ini memang banyak tapi jangan tutup kebaikkannya.

Jangan semua perkara kau orang nak politikkan..

Share:

0 comments