Home » » Trak Mack Sultan Johor Sudah Tiba Di Johor

Trak Mack Sultan Johor Sudah Tiba Di Johor

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Sunday, January 10, 2016


Kelibat trak Mack milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menarik perhatian pengunjung di Danga Bay di sini, tengah hari tadi.

Trak termahal di dunia itu dikerumuni orang ramai ketika diletakkan di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di kawasan itu sementara Sultan Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari di restoran berkenaan.

Trak yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta itu dilihat berada di kawasan terbabit kira-kira satu jam setengah.



Kelihatan Sultan Johor turut beramah mesra bersama rakyat yang tidak melepaskan peluang melihat trak terbabit dengan lebih dekat.

Ini kali pertama baginda menggunakan trak berkenaan selepas kenderaan itu tiba di Johor beberapa hari lalu.

Trak itu akan diletakkan di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene malam ini bagi rakyat Johor melihat dengan lebih dekat selain berpeluang bergambar dengan kenderaan itu.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers