63% KDNK Negara Dikuasai Puak Kapitalis - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

63% KDNK Negara Dikuasai Puak Kapitalis



Semua data yang dikeluarkan tapi tiada tindakan. Janganlah kita banding dengan negara barat sebab negara Asia kapitalis ini dah macam akar umbi.

Kira-kira 63% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan pendapatan dikuasai oleh puak kapitalis di negara ini.

Angka itu didedahkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEM) yang turut memaklumkan bahawa hanya sekitar 34% KDNK berdasarkan pendapatan dipunyai rakyat daripada golongan pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar, berkata perkara berkenaan berbeza berbanding negara maju yang golongan pekerja menikmati peratusan KDNK berdasarkan pendapatan di negara masing-masing sehingga mencecah 50%.

“Perkara ini menyumbang kepada ketidaksaksamaan pendapatan dalam kalangan rakyat negara ini, sekali gus melebarkan lagi jurang pendapatan.

“Situasi ini sangat berbeza dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan serta negara maju lain, yang mana golongan pekerja menikmati hampir atau lebih 50% KDNK berdasarkan pendapatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Mesyuarat Agung MTEM di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, pengagihan tidak saksama dalam KDNK itu turut menyumbang kepada pergerakan gaji statik dalam kalangan rakyat dan masalah peningkatan harga barang tidak sejajar dengan pergerakan gaji.

Katanya, perolehan maklumat MTEM mendapati pengagihan pendapatan di Malaysia adalah terlalu memihak kepada keuntungan perniagaan dan hanya sedikit sahaja yang diberikan kepada rakyat daripada golongan pekerja.

No comments: