Apa Itu IMEI - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu IMEI

Apa Itu IMEI

Apabila handphone hilang baru sibuk nak tahu tentang bagaimana mengesan dan menyahfungsi handphone yang dicuri. Untuk keselamatan handphone , salah satu asas yang penting ialah mengetahui no IMEI handphone anda.

Jadi, apakah itu IMEI? IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.

Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.

Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda. Bagaimana?

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information
Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta.

Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti untuk peranti anda. Mengikut format terkini, IMEI berbentuk AA-BBBBBB-CCCCCC-D dimana;

A merupakan angka identiti untuk pengeluar
B adalah angka model telefon
C merupakan angka identiti
D merupakan angka akhir yang digunakan untuk mengesahkan keseluruhan angka IMEI.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan anda mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.

Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.

Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.

Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.

Sumber: Amanz

No comments: