Jersi Faez Subri Dilelong RM100,000


Kelengkapan yang dipakai penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri akan dilelong Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Memetik laporan media tempatan, Bendahari kelab itu, Datuk M Murly, berkata kelengkapan yang dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol ala-ala Roberto Charlos itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.

Perkara ini diumumkan pada sidang media jaringan istimewa Faiz Subri yang berlangsung di pejabat ASPEN Group, sebentar tadi.

Kelengkapan itu termasuk jersi, seluar, stokin dan but bola Faiz.

Difahamkan, lelongan itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak di negeri ini.

Menurut Murly, mereka akan mengumumkan perkara ini kepada peminat bola sepak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Semalam, media antarabangsa dan netizen kagum dengan sepakan percuma yang dilakukan Faiz Subri dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

Share:

0 comments