Header Ads

Perkhidmatan BLOCKMYPHONE oleh KKMM

Perkhidmatan BLOCKMYPHONE oleh KKMM

Apabila handphone hilang baru ler kita ambil serius tentang menjaga keselamatan data dalam handphone kita ini. Baru-baru ini aku kehilangan smartphone Galaxy J7 tetapi aku bukan risaukan tentang handphone tetapi data dalam handphone aku ini.

Gara-gara kehilangan smartphone aku ini, akaun Nuffnang aku yang mempunyai jumlah wang tertentu telah hilang sebab password aku lupa nak tukar. Lain semua aku dah tukar tetapi password lak aku lupa nak tukar...huhuhuhuhu.

Bukan rezeki aku kan dan yang penting kesilapan aku yang paling tinggi. Ini adalah lesson learn yang terbaik untuk aku.

Aku memang ada daftar handphone aku tetapi aku ambil tak pedulu sangat sebab aku yakin handphone aku takkan hilang punya!!!. Bila handphone kau hilang maka kelam kabut kau..semua password kau lupa. Nak block handphone langsung tak ingat nama aplikasi yang aku join dulu sebab banyak sangat..hehehehehe.

https://4.bp.blogspot.com/-KfSAmX9vmuE/Vrydu1ReqoI/AAAAAAAAcmQ/5jWRDp5KQtU/s320/tips-bila-kehilangan-hp.jpg
Lesson learn ialah kita kekal dengan satu atau dua aplikasi untuk block handphone kita kalau hilang. Gunakan password yang standard yang senang kau tahu tetapi terjamin ler keselamatannya..

Nasib baik kat handphone aku tak letak apa-apa password..huhuhuhu. Itu bijaknya aku ..ahaks.
Nasib baik aku simpan semua contact aku kat dalam Google Drive aku. Boleh sedut balik masa beli handphone pengganti aku iaitu Galaxy Note 5...

Bila dah hilangbaru terhegeh-hegeh tahu bahawa  apa itu IMEI Smartphone dan PUK sim card kau. Then baru tahu KKMM ada buat satu aplikasi percuma bagaimana nak block handphone kau kalau kena curi atau hilang.

Perkhidmatan oleh KKMM ini dinamakan BLOCKMYPHONE. Ianya satu aplikasi dimana ia  akan block smartphome kamju melalui syarikat telekomunikasi dimana handphone yang dicuri tidak boleh digunapakai apabila pihak yang mencurinya menukar sim lain.

Dengan syarat kita kena telepon semula syarikat pembekal Sim card di beritahu segera apabila kehilangan smartphone anda.





No comments