Proton panggil balik 94,577 kenderaan


Shah Alam: Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan memanggil semula 94,577 unit kenderaannya daripada model Exora, Preve dan Suprima bagi tujuan penukaran hos penyejuk minyak yang berkemungkinan mengalami kerosakan selepas mengharungi 40,000 kilometer (km) perbatuan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, ia sebagai langkah keselamatan.

"Langkah terbabit berikutan hos penyejuk yang dibuat daripada getah itu mungkin mengalami kerosakan selepas mengharungi jarak perjalanan jauh," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Menurutnya, Proton menjangkakan segala proses itu akan selesai dalam tempoh enam bulan akan datang.

Daripada jumlah terbabit, sebanyak 59,663 adalah terdiri daripada Exora, 28,642 (Preve) dan 6,290 (Suprima)

Share:

0 comments