Putus Tangan Ketika Menyamun - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Putus Tangan Ketika Menyamun


Putus Tangan Ketika Menyamun
Harap tukang tetak tangan tu tak kena penjara sebab pertahankan ibunya...heheheh

Penjenayah berusia 20-an putus pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang selepas bergelut dengan seorang lelaki ketika menyamun kedai runcit di Jalan Kelang Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.45 malam, lelaki itu menanggung kesakitan hampir sejam apabila melarikan diri sejauh kira-kira 60 kilometer untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku apabila dua suspek memasuki kedai runcit berkenaan lalu mengeluarkan sebilah pisau dan parang ke arah seorang wanita berusia 59 tahun dan anak lelakinya berusia 35 tahun.

Menurutnya, salah seorang suspek dipercayai menarik rambut wanita berkenaan menyebabkan anak mangsa cuba membantu lalu berlaku pergelutan.

"Dalam pergelutan itu, anak mangsa mencapai sebilah parang yang diletakkan dalam kedai sebagai langkah keselamatan menyebabkan pergelangan tangan kiri suspek terputus selepas terkena parang itu.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan meninggalkan pergelangan tangan kiri di luar kedai berkenaan," katanya.

Menurutnya, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian kemudian menerima maklumat terdapat mangsa mendapat rawatan kerana putus pergelangan tangan di HSAH.

Katanya, sepasukan anggota polis kemudian menahan suspek, manakala rakannya berusia 20-an dipercayai melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments: