Header Ads

Sekolah Pondan Ditutup


Pihak berkuasa tempatan di daerah Kotagede di sini memutuskan menutup Sekolah Islam Al-Falah yang dikhususkan untuk pelajar pondan.

Ia juga mengharamkan sekolah berkenaan menganjurkan sebarang kegiatan keagamaan atas alasan menjaga ketenteraman awam selepas didesak beberapa pertubuhan Islam.

Keputusan dibuat selepas pertemuan antara wakil Al-Falah, pegawai keselamatan, pihak berkuasa tempatan, Barisan Jihad Islam (FPI) cawangan Yogyakarta dan penduduk tempatan.

“Kami memutuskan menutup sekolah Islam yang mengajar pelajar pondan atas alasan keselamatan dan isu keselesaan awam,” kata ketua daerah kecil Banguntapan, Jati Bayu Broto, semalam.

Menurutnya, setiap pihak diberi peluang menyuarakan pendapat dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri ketua Al-Falah, Shinta Ratri dan ketua FPI Yogyakarta, Umar Said.

Selepas bermesyuarat dan berdialog, peserta mengambil keputusan menutup sekolah berkenaan kerana sekolah itu dibina di kawasan sesak.

“Mereka menuduh sekolah itu mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk minum arak dan karaoke. Sekolah itu mengambil keputusan menghentikan operasinya atas nasihat keluarga Shinta, bukan kerana desakan FJI,” kata peguam Shanti, Aditia Arief Firmanto. - Agensi

No comments