Header Ads

Selamat Tinggal Mukhriz


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah baharu berkuat kuasa esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din berkata, ini berikutan Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan hari ini.

Menurutnya, perlantikan itu selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah yang dibaca bersama Fasal (2)(a) Perkara 37 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

"Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah baharu berkuat kuasa 4 Februari 2016.

"Majlis perlantikan Menteri Besar Kedah baharu akan diadakan di Istana Anak Bukit pada jam 10 pagi esok," katanya.

No comments