Tun M Keluar UMNO 2016 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tun M Keluar UMNO 2016


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.

Katanya, beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak lagi menjadi ahli UMNO.

"Ini kerana UMNO sebagai parti politik sudah tidak wujud lagi sebaliknya untuk kepentingan seorang individu saja.

"Bagaimanapun, saya sahkan tidak akan menubuhkan mana-mana parti baharu atau menyertai parti lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat.

No comments: