Header Ads

Bertumbuk Di Majlis Nikah Sebab Kurang 5 Ribu Hantaran

Bertumbuk Di Majlis Nikah Sebab Kurang 5 Ribu Hantaran
Lawak jenaka yang aku rasa perlu kita ketawakan. Hanya kerana duit hanataran percintaan anak selama 3 tahun dan hampir ke akad nikah gagal kerana pihak pengantin lelaki kekurangan baki RM5 ribu dari jumlah hantaran RM15 ribu.

Bestnya ia bergaduh di Masjid Jamek Al-Khadijiah, kawasan suci umat islam dan yang bergaduh kat dalam pun umat islam jugak iaitu Melayu kita ler...

Dengar khabar pengantin lelaki itu kerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau ikutkan mana dia mampu nak bayar hantaran sebegitu banyak...huhuhuhu.

Lagi cerita yang aku dengar punca pergaduhan ini berlaku disebabkan pihak pengantin lelaki bersikap kurang ajar ketika di tanya tentang hantaran tersebut.

Bertumbuk Di Majlis Nikah Sebab Kurang 5 Ribu Hantaran
Yang mana salah aku pun tak tahu ler... Tapi yang pasti kerugian lagi besar iaitu memalukan pasangan pengantin yang sedang bercinta itu hendak mendirikan masjid tersebut. Bila kecoh macam ini, terutama bakal pengantin perempuan mesti dalam keadaan tekanan. Kasihan aku kat perempuan itu.

Gara-gara banyak sangat pihak campurtangan dalam hal yang aku anggap remeh ini inilah punca pergaduhan tersebut. Kalau ibu bapa sahaja yang berbincang aku rasa tak teruk sebegini. Biasalah sedara mara kita ini, kalau bab kasi panas memang nombor satu...hehehehehe. Orang kata apa lebih sudu dari kuah!!

Kerugian yang lagi besar ialah persiapan yang telah dilakukan terpaksa dibatalkan gara-gara RM5 ribu. Kos Mak Andam, Catering dan macam-macam lagi mahu mencecah berbelas ribu siapa nak bayar....huhuhuhu.

Tapi aku rasa ler kedua-dua keluarga ini jenis tak betul ler. Kalau jenis keluarga yang betul ia takkan melenting macam ini. Yang penting selamatkan majlis pernikahan mereka dulu. Itu jalan yang terbaik.

Tok Imam Masjid itu pun tak betul termasuk tok sidang kedua-dua pihak yang pasti hadir pada majlis tersebut sepatutnya menjadi kepala penyelesaian. Tetapi kau orang lambat kot menyelesaikan masalah ini hingga pergaduhan berlaku di kawasan masjid kau.

Banyak misteri yang aku rasa membawa kepada pergaduhan ini ler. Pihak pengantin lelaki pun satu hal kenapa tak beritahu awal-awal yang kau tak der duit RM5 ribu sebelum ke majlis itu. Benak kepala aku fikirkan hal ini.

Pendek kata dalam hal ini semua memang tak betul!! Bukan isu RM 5 ribu yang kita mesti bincangkan tetapi kenapa punca bergaduh ini berlaku dan kenapa ramai bijak pandai agama dan ketua agama dalam masjid tu tak leraikan hal ini. Dan yang paling penting, aku pun tak betul sebab menulis cerita tak betul dan mengarut ini...hahahahaha.











No comments