Cacing Pita 16 Kaki Dikeluarkan Dari Perut - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Cacing Pita 16 Kaki Dikeluarkan Dari Perut

Cacing Pita
Sekumpulan doktor berjaya membuang cacing pita berukuran 16 kaki dari perut seorang lelaki yang suka makan daging mentah selepas dia sering mengadu sakit perut.

Menurut doktor, tabiat pemakanan Chen, 45, itu yang suka makan daging serta ikan mentah menyebabkan badannya dipenuhi dengan parasit.

Semasa pemeriksaan yang dilakukan di Hospital 33 di sini, doktor menjumpai telur cacing pita pada najis lelaki itu.

Parasit yang lain turut ditemui menyerang hati lelaki berkenaan menyebabkan dia sering  mengalami gejala seperti ketidakselesaan perut, loya dan cirit-birit.

Memetik Mirror.uk, doktor turut memberikan lelaki itu sejenis ubat dalam usaha mengeluarkan jangkitan perasit dari tubuhnya.

Chen berada di hospital selama lima hari sebelum sepasukan doktor berjaya mengeluarkan cacing pita berkenaan dari duburnya.

Parasit yang dikeluarkan dari badan lelaki itu adalah cacing pita yang dipercayai akibat tabiat pemakanan lelaki itu yang sering makan daging mentah dari hidangan sashimi kegemarannya.

Cacing pita boleh membesar hingga 52 kaki dan boleh hidup sehingga 30 tahun.
Cacing Pita

No comments: