Header Ads

Gambar 20 Kereta Diseret Treler Di Melaka




Lebih 20 kenderaan penonton perlawanan Liga Super, JDT menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, di sini, rosak teruk selepas dipercayai diseret treler di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput - Ayer Keroh (Lebuh SPA), malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kenderaan penonton dipercayai diletak secara berlapis di tepi lebuh raya berkenaan ekoran kebanjiran luar biasa kira-kira 30,000 penonton membabitkan kedua-dua pasukan.

Menurut sumber, pemandu treler yang berang kerana disekat puluhan kenderaan, kemudian bertindak meredah laluan sempit itu mengakibatkan kenderaan diletak di tepi lebuh raya rosak teruk.

Katanya, pemandu treler dilaporkan terus meninggalkan tempat kejadian sebaik dapat melalui sekatan kenderaan. Ketika kejadian berlaku, perlawanan masih berlangsung dengan JDT mendahului dengan jaringan 2-0.




No comments