Gambar Letupan Di Belgium Oleh IS - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gambar Letupan Di Belgium Oleh IS


Tak habis-habis masalah yang diujudkan oleh kumpulan ekstrem Islam IS ini. Kali ini di Belgium pula dimana stesen keretapi dan lapangan terbang telah membunuh 34 orang dan 230 yang lain cedera.

Kejadian itu berlaku pada waktu sesak ketika ratusan penumpang sedang menguruskan kemasukan mereka ke balai berlepas.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas suspek utama, Salah Abdeslam, yang dikatakan memimpin serangan di Paris, November, tahun lalu, ditahan di Brussels.

Berikutan kejadian itu, semua penerbangan di lapangan berkenaan dibatalkan. Jurucakap, Anke Fransen, berkata dua letupan berlaku di dewan berlepas dan pasukan bantuan kecemasan sudah berada di tempat kejadian.

Sejurus selepas kejadian itu, orang ramai digesa untuk menjauhkan diri dari lapangan terbang. Lapangan terbang itu juga ditutup buat masa ini. - AFP











No comments: