Gambar Sekitar Melancong Ke Gunung Merapi Jogjakarta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gambar Sekitar Melancong Ke Gunung Merapi Jogjakarta

Gunung Merapi Jogjakarta
Aktiviti seterusnya ke Gunung Merapi. Aku boleh katakan sebuah aktiviti yang adventure ke Gunung Merapi.

Untuk pemberitahuan kalau ke Gunung Merapi pastikan pakaian anda santai serta ada pakai kasut dan baju yang sesuai.

Kerana aktiviti pelancongan di Gunung Merapi amat adventure dan menggunakan kereta pacuan empat roda atau jeep dipanggil oleh penduduk Gunung Merapi.
Gunung Merapi Jogjakarta

Kos sebuah jeep bergantung pakej yang diambil samada pakej small, medium atau besar.


Aku pakai pakej medium iaitu penambahan 2 tempat yang berjumlah 400 ribu rupiah.

Jika pakai pakej besar lagi best dimana kita akan melalui jeram yang deras dengan kadar masa 3 jam.

Tapi disebabkan kami ini pakai pakaian hensem maka ambil pakej medium sahaja selama 2 jam.

Jalan di Gunung Merapi agak teruk kerana kesan letusan lava pada 2010 yang telah mengorbankan ramai jiwa.

Oleh itu jeep ala-ala 4×4 wheel drive tournament...hihihihi.

Gunung Merapi Jogjakarta
Kami singgah banyak tempat tapi tempat yang menyayat hati ialah melihat muzium peninggalan kesan letusan merapi. Terdapat beberapa item seperti tulang haiwan, alat elektronik serta beberapa gambar penderitaan semasa dan selepas letusan lava Merapi.

Kemudian kami pergi bunker untuk tempat tinggal jika berlaku letusan gunung Merapi. Malangnya lokasi bunker tersebut terletak di laluan lava dan telah korbankan 2 mangsa yang mati kepanasan.

Gunung Merapi Jogjakarta
Kemudian kami ke Bukit Alien...kawasan laluan lava dan beberapa tempat lain.

Memang adventure cuma pakaiannya tidak sesuai. Aku nasihatkan kalau ke Gunung Merapi, fokus satu hari disana. Bawa baju spare sebab anda pasti basah..

Syok naik jeep ini tapi masalahnya nak turun dari jeep memang payah...hihihi. Badannya comel...

Jom lihat gambar yang aku ambil.

Gunung Merapi Jogjakarta

Gunung Merapi Jogjakarta

No comments: