Harga Minyak Naik April 2016 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Harga Minyak Naik April 2016


Harga Minyak Naik April 2016

Bermula bulan Julai tahun 2015, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sebaliknya, KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan Berikutan itu, orang ramai atau pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam

Bermula 1 Disember tahun 2014, Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dihentikan oleh kerajaan Harga runcit RON95 dan Diesel adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 Sehubungan dengan itu, sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, maka penetapan harga runcit bagi bahan api tersebut di pasaran Malaysia turut meningkat dan begitu juga sebaliknya


Kenapa harga minyak naik. Kerajaan yang lebih memahaminya tetapi hari ini pula Indonesia harga minyak turun pula...hehehehe.

Pemerintah menurunkan harga bahan bakar minyak (BBM) baru untuk premium. Keputusan ini didapat seusai rapat terbatas di Istana Kepresidenan, Rabu (30/3/2016).

"Hari ini, kami putuskan harga BBM untuk premium menjadi Rp 6.450 dan solar Rp 5.150," ujar Menteri ESDM Sudirman Said seusai rapat.

Dia mengungkapkan, harga baru ini akan mulai berlaku sejak tanggal 1 April 2016. Adapun harga premium sebelumnya Rp 6.950, dan harga solar sebelumnya Rp 5.650.

Pelik!!

BulanPetrol RON95 
(RM/liter)
Petrol RON97 
(RM/liter)
Diesel 
(RM/liter)
April 2016(sumber)1.702.05 *1.55
Mac 20161.601.95 *1.35
Februari 20161.752.05 *1.35
Januari 20161.852.25 *1.60
Disember 20151.952.45 *1.90
November 20152.052.45 *1.90
Oktober 20152.052.45 *1.90
September 20151.952.35 *1.80
Ogos 20152.052.45 *1.95
Julai 20152.152.55 *2.05
Jun 20152.052.35 *2.05
Mei 20151.952.25 *1.95
April 20151.952.25 *1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.702.001.70
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

No comments: