Kaki Wayang: BoBoiBoy The Movie Terbaik

BoBoiBoy The Movie
Hari ini baru menonton filem kartun Malaysia terbaru iaitu BoBoiBoy The Movie setelah ia ditayangkan pada 3 mac yang lalu. Baru ada kesempatan hari ini cuti sekolah anak sama denga ncuti aku...hehehehehe.

Filem BoBoiBoy The Movie ini aku kasi rating 4.9/5, sebab ia memang terbaik. 0.1 aku kurangkan sebab tak syok kasi 5...hehehehe.

Permulaan cerita ini mula-mula agak slow iaitu berkisar BoBoiBoy bohongi Ochobot tentang perancangan mereka berkhemah yang tertunda 10 kali serta aksi BoBoiBoy menangkap pencuri di jalanraya.

Kemudian segala-galanya menjadi lebih baik apabila ochobot telah di culik oleh Kumpulan Tengkotak yang cuba mencurio kuasa teleport yang dimiliki oleh Klamkabut iaitu generasi terdahulu sebelum Ochobot iaitu Kuasa Sfera. Kumpulan Tengkotak yang terdiri dari Bora Ra (memiliki kuasa 'Black Hole'), Gaga Naz (memiliki kuasa Tangan Cybernetic), Yoyo Oo , Kiki Ta & Koko Ci.

BoBoiBoy The Movie
Watak penjahat utama iaitu Adu Du & Probe juga telah menyertai kumpulan Tengkotak tetapi akhirnya ia juga kena tendang dan sertai kumpulan BoBoiBoy menentang mereka.

Watak Papazola merupakan watak yang terbaik dan kelakar dan apabila ia digabungkan dengan Gopal memang tak kering gusi aku melihatnya. Terutama bab mereka diserang oleh gergasi Kurita di laut...memang kelakar.

Belum lagi Papazola dan Adu Du serta Probe dikejar oleh Jerung berjalan...ahaks,,,

Dalam filem BoBoiBoy The Movie ini kita melihat erti persahabatan BoBoiBoy dan Ochobot yang begitu akrab hingga kita boleh menitis air mata, memang real sedih sangat.... Ochobot kena belasah sampai mati di depan BoBoiBoy...
Tapi ia sempat memberi kuasa terakhirnya kepada kumpulan BoBoiBoy hingga mereka dapat upgrade kuasa mereka.

Inilah yang kita nantikan kuasa terbaru BoBoiBoy iaitu kuasa tujuh dengan tambahan kuasa Solar dan Daun Berduri..rasanya ler....hehehehehe.

Memang wajar kita tonton filem ini kerana dari segi perjalanan filem BoBoiBoy The Movie ini sentiasa penuh aksi, unsur kelakar yang memang cukup kelakar ( thumb up untuk Papazola), sedih, gembira dan pelbagai mainan perasaan dimainkan di filem ini.

Adakah Ochobot benar-benar mati? Bagaimana nak mengalahkan Borara yang mempunyai kuasa lubang hitam? Adakah kuasa tujuh cukup hebat?


Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016 (Malaysia) | 13 April 2016 (Indonesia)
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D

BoBoiBoy The Movie

BoBoiBoy The Movie
Peminat Cilik BoBoiBoy

Share:

0 comments