Molioboro Street Syurga Beli-Belah Jogjakarta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Molioboro Street Syurga Beli-Belah Jogjakarta

Molioboro Street

Jika kita ke Jogkajarta tempat membeli belah yang utama ialah di Molioboro Street. Terdapat pelbagai ole-ole yang dijual di sana dari key chain hinggalah ke baju hingga ke beg hingga ke batik.

Semua barangan di jual disetiap ceruk kedai sepanjang jalan Molioboro Street ini yang memang panjang. Lenguh juga ler kalau kau berjalan dari hujung ke hujung Molioboro Street.

Tapi jangan risau sebab pekhidmatan kuda dan baca disediakan kalau anda penat. Sepanjang jalan di Molioboro Street penuh dengan beca dan kuda. Kalau nak mencuba naik apa salahnya kan.

Harga di Molioboro Street kalau anda cukup pandai tawar menawar boleh mencecah hingga 50% dan memang wajib anda kena tawar hingga 50% sebab mereka akan naikkanharga melampau terutama pelancong macam kita ini...

Molioboro Street
Pemandangan jualan Molioboro Street ini sesuai untuk ambil gambar jika kita ini berjiwa seni ler...hehehe

Gambar penjual yang menjual pelbagai barangan serta aksi si pembeca serta kuda yang berpelesaran sepanjang jalan ini memang cukup cantik.

Selain itu kedai makanan sepanjang di Molioboro Street ini menjual pelbagai jenis makanan untuk kita mencuba. Makanan di Jogjakarta memang terbaik!!

Tidak salah aku katakan kalau kau kena Jogjakarta jangan membeli belah ditempat lain. Pergi sahaja ke Molioboro Street terlebih dahulu. Aku dah terkena apabila beli belah ke tempat lain. Harganya memang jauh berbeza dan juga untuk elakkan serbuan penjaja kecil yang belaku kepada aku semasa berada di candi Borobudur.

Jika ke Jojgajakarta, pergi dahulu ke Molioboro Street dan kemudian setelah membeli belah baru kamu jalan-jalan ke tempat lain. Kemudian baru anda beli barangan yang tak dijual di Molioboro Street. Itu nasihat aku!!

Masa yang diambil untuk berjalan di Molioboro Street ia akan memakan masa sepanjang hari!!! Aku dan rakan aku habiskan masa 3 jam pun tak cukup.

Akhir kata Molioboro Street memang menawarkan pelbagai kejutan untuk anda.

Molioboro Street

No comments: