Perancangan Crew B AUOSunpower Team Buiding Di Cameron Highland

Crew B AUOSunpower

Pada 1April 2016 ialah tarikh untuk Crew B AYUOSunpower FE2 Manufacturing merancang aktiviti tahunan team building. Kali ini lokasi pilihan kami ialah Cameron Highland.

Walau pun aku baru pergi tapi tak puas sebab percutian keluarga yang aku pergi temph hari ke Cameron Highland adalah percutian yang paling mengarut. Tak puas rasanya...hehehehehe.

Alasan lain Cameron Highland yang kami pilih kerana kosnya adalah kena dengan budget yang diberikan iaiatu percuma ke sana!!! Hanya kena bayar duit tiket dan makan sendiri ler... Dengan jangkaan lebih ramai akan sertai percutian team building kali ini.

Sebelum pergi kenalah membuat perancangan. Inilah yang aku paling malas dengan segala karenah persiapan awal ini.
Crew B AUOSunpower
Bas aku tak der masalah sebab aku memang dari dulu ambil tokey bas dan bekas anak buah di tempat kerja lama biasanya dialah yang menguruskannya.

T-Shirt aku bernasib baik sebab ada insan yang sudi tolong bantu bersama Asst Supervisor aku . Siap dengan design lagi. Lega rasanya....hehehe. T-Shirt design kali ini agak lain sebab kami buat dua design untuk wanita dan lelaki.

Untuk wanita kami buat lengan panjang dan tanpa kolar, gaya ala-ala muslimah. Kolar pula tiada agar wanita yang bertudung pakai nampak kemas tanpa terbonggol dengan kolar dileher. Nice!!!

Lelaki lak pula berkolar dengan lengan pendek. Nampak maskulin sikit..hahahahaha.

Persiapan lain yang wajib ialah banner. Banner aku design ler...ahaks. Tapi aku bernasib baik lagi sebab kedai buat baju tu boleh buat banner. lega rasanya.

Terima kasih pada clerk kesayangan aku dan Asst Sup aku meluangkan masa membantu aku....huhuhuhu.

Kini yang tinggal ialah pembayaran sahaja. Semuanya selesai mengikut perancangan dan kini menanti T-Shirt serta banner pada hujung bulan ini sahaja.

Pada 1 April kami akan bertolak malam pukul 11.00 malam dan dijangka tiba ke Cameron Highland pukul 7.00am.

Kalau ikut perancangan banyak tempat yang kami rancang bak pergi tapi BOH TEA adalah kemestian sebab disitulah kawasan yang paling menarik sekali .

Doakan yanga terbaik untuk Crew B dan aku seprti biasa akan fokus mengambil gambar pemandangan. Dan kali ini aku pastikan mengambil gambar yang lebih banyak dengan anak buah aku sebab tahun lepas di Legoland, haprak gambar punyalah sikit!



Crew B AUOSunpower






Share:

0 comments