Pergaduhan Bola Melaka Dan Negeri Sembilan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pergaduhan Bola Melaka Dan Negeri Sembilan


Suasana di luar stadium Hang Jebat di sini kecoh apabila sekumpulan penyokong Melaka dikatakan tidak berpuas hati terhadap penyokong pasukan lawan, Negeri Sembilan selepas tamat perlawanan, malam tadi .

Kejadian itu susulan insiden pergaduhan membabitkan beberapa penyokong kedua-dua pasukan ketika saingan Liga Perdana yang berkesudahan 0-0 itu.

Difahamkan, insiden yang bermula ketika perlawanan masuk minit ke-80 itu, berpunca daripada pertikaman lidah antara kedua penyokong.

Hal itu berlarutan sehingga ke luar stadium apabila sekumpulan penyokong Melaka United dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit.

Sepasukan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah untuk menyuraikan kumpulan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihak polis menyuraikan kumpulan penyokong berkenaan.

Katanya, tiada sebarang bentuk rusuhan berlaku dan hanya cermin bas membawa penyokong pasukan Negeri Sembilan yang pecah.

"Kita masih mengawal keadaan ketika ini," katanya.

No comments: