Analisa Pergolakan Politik MB Trengganu


Isu panas terkini tentang MB Trengganu Encik Razif. Terpaksa panggil Encik sebab semua gelaran beliau telah di tarik balik oleh Sultan Trengganu.

Gara-gara teks ucapan yang menyinggung perasaan pihak istana. Itulah perkabaran yang aku dengar.

Tak perlu aku terangkan secara lengkap kerana aku pasti ramai yang mengetahuinya melalui media massa atau viral di FB.

Pada masa yang sama pergolakan politik turut membebankan Razif apabila bekas MB Trengganu Ahmad Said keluar usul undi tidak percaya pada beliau. Dan menambah beban apabila dengar khabar 2 Adun BN akan keluar dari BN menjadi calon bebas.

Masa depan Razif kalau difikirkan memang tak lama. Sultan tak suka dia dan setiap minggu kena mengadap Sultan memberi perkembangan pertadbirannya dan masalah politik yang memungkinkan BN hilang kuasa di Trengganu.

Semuanya berpunca dari tikaman orang dalam. Aku percaya kejatuhan Razif berpunca dari permainan pihak dalaman.

Sebagai contoh, teks ucapan beliau yang disediakan boleh terlepas ayat yang memalukan pihak istana. Teks ucapan yang diperiksa berulang kali boleh terlepas ayat yang kurang bijak.

Dan kesalahan itu sepatutnya di tanggung oleh Razif kerana beliau sendiri tidak memeriksanya terlebih dahulu. Atau sememangnya beliau sengaja?

Persoalan yang sukar dijawab. Hanya Razif lebih mengetahuinya.

Kalau bekerja, jika boss tak suka kau. Memang susah. Razif terpaksa memohon maaf kepada Sultan atau menyiasat punca teks ucapan ini boleh terlepas. Itu sahaja caranya.

Masalah politik pula. Aku rasa TPM Zahidi tengah berusaha selesaikan masalah ini. BN mempunyai pengalaman yang banyak tentang ahli politik yang selalu bertukar arah atau menukar arah kepada BN.

Survival politik Razif agak lemah pada pandangan aku. Masalah dalaman politik Trengganu memang sudah lama.

Sebagai MB yang baru tindakan pertama beliau ialah mencantas penyokong Ahamad Said terlebih dahulu. Pelbagai cara boleh digunakan untuk atasi masalah ini. Sejarah politik kita cukup untuk mengajar Razif survival politik ini. Lagi pun kuasa di tangan beliau.

Tapi Razif ini agak lewat dalam menangani masalah ini hingga musuh politik beliau terhadapan hingga menyusahkan beliau.

Beliau bernasib baik PAS hanya mendiamkan dìri dan tidak mengambil kesempatan dari isu polìtik Trengganu ini.

Mungkin PAS menanti gabungan pemerintahan BN -PAS kot jika benar BN kehilangan kerusi di Adun. Hanya mereka yang tahu. Lagi pun ikatan Pakatan banyak tidak memihak pada PAS. Kita lihat sahaja apa PAS akan lakukan.

Untuk menyelamatkan keadaan ini, Razif kena turun atau PM atau TPM kita perlu selesaikan masalah ini dengan mengadap Sultan dan jumpa semua Adun Trengganu kecuali Ahmad Said yang kita boleh anggap duri dalam daging.

Pengajaran yang boleh kita pelajari. Dalam politik ini semuanya tentang kuasa. Kalau anda berkuasa ia akan datang dengan musuh politik samada dari dalam parti atau luar parti. Kena berhati-hati dan cekap dalam hapuskan musuh politik anda.

Razif adalah mangsa permainan politik yang rakus. Dan Razif itulah politik!!!

Share:

0 comments