Header Ads

Apa Itu What Apps 'End-to-end encryption’


Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Whatsapp ‘memperketatkan’ sistem mereka. Rasanya ia disebabkan buat masa kini aplikasi yang kita gunakan itu terlalu mudah dibaca oleh orang lain dan ia tidak selamat.

Oleh yang demikian, kelmarin (Selasa) WhatsApp telah menaik taraf aplikasi mereka itu dengan ciri baru iaitu ‘end-to-end encryption’.

‘End-to-end encryption’ bermaksud, pihak ketiga tidak boleh membuka atau membaca mesej yang kita hantar pada orang lain. Yang boleh membaca mesej tersebut hanyalah orang yang menerima mesej itu.

Maknanya, tiada siapa boleh lihat termasuklah penjenayah siber, penggodam, dan juga pihak WhatsApp sendiri. Apa yang anda perlu lakukan adalah ‘verify bar code’ dengan orang yang anda mahu hantar mesej tersebut.

Kesimpulannya, pembaikan terkini ini pasti ada kebaikan dan keburukannya. Bagaimanapun, ia bakal membuat kita rasa lebih selamat tanpa ada pihak lain yang menganggu.

No comments