Header Ads

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016
Tamatlah sudah perjalanan kami ke Cameron Highland pada 1/4/2016 yang lalu. Segala perancangan berjalan dengan lancar dan baik. Cuma perancangan ke ICT Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana hujan pula.

Memang pelik kerana sebaik sahaja aku jejak kai ke ICT Shah Alam tetiba jerr hujan turun rintik-rintik..heheheheh. Tunggu gak dalam setengah jam tapi hujan tak berhenti lalu kami pun balik ke AUOSunpower.

Team Building Crew B kali ini memang mempunyai kelainan yang amat lain kerana ia di ikuti oleh semua subcon kami serta local. Gambar memang cukup banyak untuk aku membuat repot untuk kali ini.

Di bantu oleh fotografi tambahan Cik Munira menambah koleksi terbaik kami.

Apa yang dapat aku katakan ialah masa tak cukup!!! Kami pergi ke Lavender Valley, Rose Valley, Bee Farm, BOH Tea, Bharat Tea dan Lata Iskandar. Aku pilih tempat-tempat sebegini kerana kami membawa semua anak-anak muda, baik pergi ke tempat anak-anak muda yang suka bergambar.

Kalau ke Cactus atau Strawbery Farm tak der benda lerrr. Strawberry pun banyak yang jual semua tempat...Kami pilih tempat yang mempunyai pemandangan yang cun-cun untuk mereka semua.

Penat memang penat!! Mana tak penatnya sebab balik kerja jer pagi tu terus kami pergi naik bas dalam pukul 11.00 malam. Dan pagi tu terus sarapan dan jalan tanpa makan hingga pukul 6.00pm. Makan sikit-sikit jerrr...

Sampai Lata Iskandar apalagi melantak ler semua orang termasuk aku....hahahahhaa. Itulah baru berjalan.

Sampai Melaka pukul 2.30am, dan lepas pastikan semua dah balik baru aku balik. Sampai rumah dalam pukul 4.00am. Nasib baik tak pergi ICT Shah Alam kalau tak mahu pukul berapa balik pun aku tak tahu.

Drebar bas Al Hafiz memang terbaik...perkhidmatan memang terbaik!!! Layan jer karenah kami semua ini...

Thanks pada semua peserta dan semua AJK tak rasmi kami semua...hahahahah.Jom lihat gambar terbaik kami.

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016

Crew B FE2 AuoSunpower Ke Cameron Highland 2016



No comments