Editor Optimist MHS 1992 ( Malacca High School)

Editor Optimist MHS ( Malacca High School)
Mengenang kisah lalu bersekolah di MHS atau dikenali Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Kalau dahulu orang tanya kau sekolah kat mana, kita akan bangga menyebut High School. Sebab namanya makmur seiring dengan kejayaan yang dihasilkan oleh para pelajar dan guru disana.

Aku bernasib dapat menaburkan bakti dan tersemat dalam jiwa MHS ini. Aku bersyukur menerima tawaran yang diberikan tetapi pada masa itu aku masih lagi tak sedar betapa seriusnya tanggungjawab ini. Kita masih lagi muda kan dan belum ada semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan...

Apabila aku meilhat slide meraikan MHS dari tahun 1826 hingga 2006 oleh bekas pelajar MHS iaitu Ken Lim aku teringat kisah-kisah lama disekolah MHS ini.

Legasi yang mampu aku pahatkan di MHS hanyalah sebagai editor The Optimist MHS. Selain itu tiada bakti mahu pun ilmu yang dapat aku kenangkan..  Terima Kasih pada Cikgu Baharuddin yang menjadi guru penasihat aku ketika itu yang membantu kami semua.

Sekolah Tinggi Melaka keseluruh negara
Beramai-ramai kita dukung rukun negara
Satu padu bertenaga majukan negara
Prinsip hidup progresif amalan sekolah kita

Sejak lapan belas dua enam namamu terbina
Sepanjang masa kemuka mulia dan bahagia
Sekolah Tinggi, Sekolah Tinggi, Tempatmu berbakti
Perpaduan, bercahaya, kekalan abadi.

A contextual translation would be:

Malacca High School to the whole nation
Massively, we uphold the country's ideology
United and energetic, we develop the country
Progressive principles of life are our school's custom

Your name was established since 1826
Throughout this time you've been noble and joyful
High School, High School, you're a place of contribution
Radiant unity endures for eternity.
Editor Optimist MHS 1992 ( Malacca High School)






Share:

0 comments