Kaki Wayang: The Huntsman Winter War - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang: The Huntsman Winter War



Hari ini menonton filem The Huntsman Winter War kesinambungan filem dahulu mengenai penyelamatan Snow White. Kalau anda tidak melihat filem pertama ini mungkin anda akan berasa kabur buat seketika tapi ia masih boleh ditonton jua.

Ranking yang terbaik untuk filem ini ialah 4/5. The Huntsman Winter War ini bercerita tentang adik Raveena  iaitu Freya ( iaitu watak jahat dalam filem pertama) yang menentang cinta setelah anaknya mati dalam kebakaran disebabkan teman lelakinya. Ia berputus asa tentang cinta dan membawa dirinya menjadi permaisuri ais serta menakluk negeri-negeri lain.

Dalam filem The Huntsman Winter War  ini kita akan dapat ketahui asal usul Eric ( watak utama Huntsman selamatkan Snow White) yang dididik oleh adik Ravenna iaitu Freya sebagai huntsman atau pemburu.

Kisah kali ini tentang percintaan  terlarang Eric dan Sara yang ditentang oleh Freya. Dan percintaan terlarang ini menyebabkan Sar amati dan Eric dibuang negeri.

Klimaks filem The Huntsman Winter War  ini apabila Freya berjaya merampas cermin milik kakaknya yang dibunuh oleh Eric dan kakakny muncul dan segala rahsia lama terurai kembali. Apakah rahsia itu? Kena tengok ler sendiri...hehehehe.

Ranking 4/5 adalah markah kasihan sebenarnya sebab kekurangan aksi yang sepatutnya ditonjolkan dalam filem ini. Aksi yang luar biasa tidak begitu banyak atau aku boleh katakan tiada ler. Paling hebat pun aksi ialah lawan goblin..itu sahaja kelainan filem ini.


No comments: