Lawak: RM30 Juara Junior Cycle Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Lawak: RM30 Juara Junior Cycle Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan

RM30 Juara Junior Cycle Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan

Kadang-kadang aku pun tak faham semasa mereka kasi hadiah tu tak terfikirkah bahawa nilai itu terlalu rendah? Memanglah nilai wang tu tak ternilai dengan pengalaman yang mereka perolehi melalui pertandingan ini. Itu jawapan yang aku rasa KJ akan berikan kalau di tanya wartawan.

Tetapi kita haruslah mengira situasi zaman ini, nilai RM30 untuk juara hanyalah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh JKKKK Kampung. Tetapi acara berprestij yang dihadiri oleh Menteri dan ditaja agensi kerajaan yang hilang RM100 juta tak berbaloi rasanya...hehehehehe.

Penyediaan banner serta pentas jer aku rasa dah mencecah ribuan ringgit takkan ler hadiahnya RM30....aaahhhhh...kusut kepala aku

Sebuah program pembangunan sukan berbasikal yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka di laman sosial. Program tersebut yang telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu diadakan bagi mencungkil bakat dan mencari pelumba basikal yang bakal menggantikan atlet-atlet negara dalam sukan berkenaan.

Hadiah tempat pertama bernilai RM30 disampaikan oleh KJ kepada pemenang. FMT
Peserta program berkenaan terdiri daripada kalangan remaja dan gambar-gambar yang tersebar turut dikongsi di Facebook, Saya sayang Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menarik perhatian netizen untuk berkongsikan gambar-gambar berkenaan ialah mengenai jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program itu.

Program itu menampilkan empat kategori iaitu lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun. Menerusi replika cek yang disampaikan oleh Khairy, pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal. Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima medal dan wang tunai RM40, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta medal.

Bagi peserta ditempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air. Seorang pengguna Facebook, Hana Che Na memberikan komen;

“Tue balance dari RM100 juta. Tu je la yg tinggal…Sian kat bebudak tu. Duit raya tok nenek dia bagi lagi bnyk dari tu, Tak malu ke jadi menteri KBS bagi hadiah bnyk tu. Berenti la jadi menteri. Rasa trhina sngat tau,” tulisnya.

Zouls Zul pula menulis; “Mockup Check tu lagi mahal dari hadiah yg budak2 tu dapat. Memang jadam betul diorang ni, dia ingat ni zaman labu-labi ke budak2 tak tau nak pegang duit,” katanya.
Sementara Omar Rezza pula memberikan komen;

“Bagila RM200 ker..RM150..RM100…bukannya tak bersyukur, tp event rasmi kot…jgn nampak sgt kerajaan tak ada duit…,” tulisnya.

1 comment:

Asmah Said said...

Artikel ni memang rare.tak patut bagi hadiah berjumlah yang begitu sedikit...tumpang mintak share kat blog saya juga ya en. hanif idrus..ikhlas dari cheq as..http://fingertips-touch.blogspot.my