Malaysia Pengeluar Kondom Terbesar Dunia



Terbaca artikel orang mengutuk Malaysia adalah pengeluar kondom terbesar. Malu sebagai negara Islam kita adalah nombor satu di dunia dalam penjual kondom.

Maaf saya katakan..adakah kerana kita pengeluar kondom maka kita galakkan sek bebas. Kalau kita bukan pengeluar terbesar pun, kondom mudah didapati.

Peluang pekerjaan untuk 1000 keluarga dapat dihasilkan melalui perniagaan ini. Adakah pekerja kilang kondom ini semua penggila seks.

Buangkan skop kecil kita. Mungkin ramai mempertikai pendapat aku. Tapi sebgai islam yang utama ialah iman.

Jangan kita pertikai kilang kondom ini. Usahakan bagaimana menghalang pertumbuhan kelab-kelab malam dengan pesta seks yang rata-rata di kunjungi oleh anak-anak muda islam kita.

Usahakan halang hubungan bebas di kalangan rakyat kita yang semakin parah. Kemudian kita nak kutuk kilang kondom ini maka aku benarkan.

Jom baca artikel viral ini.
Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah terletak di Pontian, Johor. Karex, pengeluar kondom beberapa jenama antarabangsa dan jenama mereka sendiri, Carex, kini adalah penyumbang lebih 15 peratus dalam pasaran kondom dunia dengan menghasilkan lebih 10 juta kondom sehari. Purata pendapat mereka saja lebih RM200 juta setahun!

Selain di Pontian, Karex kini ada dua buah kilang lagi iaitu di Port Kilang dan Hatyai, Thailand. Dengan besarnya jumlah kondom dan keuntungan yang mereka peroleh, Goh Siang kini dikenali sebagai Raja Kondom Dunia dan telah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan harta lebih RM860 juta!

Segalanya bermula pada tahun 1988 apabila bapanya, Huang Chiat membuka kilang pertama mereka dengan menggunakan nama Banrub. Syarikat ini mencatatkan keuntungan besar daripada pelanggan mereka di benua Asia dan Afrika.

Di Asia kerana populasinya yang besar manakala Afrika kerana di sanalah banyak berlaku epidemik HIV/AIDS. Turut menyumbang kepada kejayaan syarikat ini bila kerajaan China memperkenalkan polisi satu keluarga hanya satu anak. Hampir separuh daripada kondom yang dihasilkan oleh mereka dibeli oleh agensi-agensi antarabangsa untuk diedarkan secara percuma pada golongan miskin.

Nak tahu besar tak besar kilang Karex di Pontian ini, mereka ada 1,000 orang pekerja, beroperasi 24 jam sehari di kilang yang luasnya 3.4 hektar dan membekalkan kondom kepada 100 buah negara di seluruh dunia!

Carex juga telah mempelbagaikan produknya termasuk menghasilkan kondom pelbagai warna, kondom berperisa, cecair/ lubricant dan bagi menembusi pasaran Eropah, mereka dah menghasilkan kondom 'glow in the dark' yang bercahaya ala-ala Star Wars!

Dengan kegigihan syarikat ini dalam menggunakan 'kesempatan' pertambahan penyebaran penyakit berjangkit, mengandung tanpa nikah dan sebagainya, Karex dijangka akan terus kekal sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dan Goh Siang akan terus kekal sebagai Raja Kondom Dunia dalam dekad yang akan datang!

Share:

0 comments