Mas Kahwin Di Melaka Naik RM100 Tahun 2016

Mas Kahwin Di Melaka Naik RM100 Tahun 2016
Alahai....ok ler tu naik RM100 daripada RM40. Janganlah nanti ada yang kecoh kenapa naik melebihi 100% pula...kikikiki.

Hantaran puluh ribu boleh tapi setakat mas kahwin dan upah nikah serta lain-lain naik sikit diharap janganlah dikecohkan yek.

Ini peringatan awal sebab orang kita ini kalau benda kecik macam ni memang suka viralkan..

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.

Selain itu, kadar upah nikah wali hakim turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, kata MAIM dalam kenyataannya hari ini.

Kadar upah nikah pegawai syarak juga ditambah daripada RM100 kepada RM150 berdasarkan pembahagian berikut imam 1 daripada RM30 kepada RM50, imam 2 daripada RM25 kepada RM35, imam 3 daripada RM15 kepada RM25, bilal daripada RM15 kepada RM20, dan noja (penyelenggara masjid) daripada RM15 kepada RM20.

"Jabatan Agama Islam Melaka sudah membuat kaji selidik dan mendapati kadar bayaran upah nikah antara sesebuah masjid di Melaka berbeza.

"Sehubungan itu, MAIM melalui mesyuarat pada 28 Disember 2015 memutuskan kadar bayaran upah nikah bagi jurunikah, upah nikah wali hakim dan mas kahwin diselaraskan bagi semua masjid seluruh negeri Melaka," kata MAIM

Share:

0 comments