Header Ads

Cara Kenali Madu Asli


Madu asli sememangnya diakui mempunyai khasiat yang tidak terhingga dalam membentuk kesihatan tubuh kita.

Aku sendiri ada membeli madu tapi masih ragu-ragu samada ianya asli atau tidak. Kalau tak asli potensi aku dapat kencing manis...kikikikk.

Rupanya aku makan gula setiap hari, makin padah. Dunia sekarang apa kira tentang dosa atau halal, janji wang masyuk!!!

Dibawah ini aku ada ambil artikel tentang mengenalpasti madu asli.


Namun ramai juga yang keliru nak membezakan yang mana satu madu asli dan yang mana satu madu tiruan. Puteri pun tak berapa mahir nak bezakan kedua-duanya. Tetapi mungkin dengan perkongsian ini, kita akan lebih mudah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.

1. Bakar Sehingga Berbuih

Cara pertama untuk membezakan antara madu yang asli dan madu campuran (tiruan) adalah dengan membakar. Letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Tunggu sehingga mendidih. Jika itu madu campuran, buihnya akan lebih sedikit dari madu asli.

2. Menggunakan Kertas

Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu asli, madu tidak akan mudah meresap ke kertas. Sebaliknya jika madu campuran, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas tersebut.

3. Menggunakan Mancis

Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian cuba nyalakan mancis tersebut. Jika mancis berjaya dinyalakan biarpun basah dengan madu, bermaksud itu adalah madu asli. Sebaliknya jika mancis tersebut tidak berjaya dinyalakan, maknanya itu adalah madu tiruan.

4. Masukan Madu Kedalam Air

Letakkan sedikit madu ke dalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercampur dan terus ke bawah, itu adalah madu asli. Begitulah sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong, itu adalah madu tiruan.

5. Masukan Madu Ke dalam Peti Sejuk

Letakkan madu ke dalam peti sejuk, jika madu itu tidak membeku, maka itu adalah madu asli. Tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermaksud madu itu telah pun dicampur.

Hah sekarang korang dah tahu kan 5 Cara Membezakan Antara Madu Asli Dan Madu Campuran. Selepas ini tak adalah lagi terkeliru sama ada madu yang kita ambil itu madu asli atau campuran. Boleh sahaja cuba salah satu cara yang dikongsikan ni.

Sumber: notainfo

1 comment

atie adnan said...

saya biasa guna teknik nombor 5 tu.. hee~