Hukum Bogel Untuk Pelacur Dan Pelanggan

Hukum Bogel Untuk Pelacur Dan Pelanggan

RUSIA. Beberapa pelacur dan lelaki yang dicekup dalam satu serbuan maksiat di sebuah pangsapuri baru-baru ini menerima padah apabila dihukum berbogel oleh pihak berkuasa di bandar ini.

Selain tiga pelanggan lelaki yang dikatakan berjaya melarikan diri, kesemua 11 pelacur dan pelanggan lelaki pada malam itu dipaksa menanggalkan semua pakaian mereka sambil berjalan mengelilingi kawasan pangsapuri berkenaan.

Orang ramai yang sempat melihat kejadian itu berjaya membuat rakaman video melalui telefon bimbit masing-masing.

Selepas berjalan di beberapa jalan utama, mereka akhirnya diarah naik ke kereta polis dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Tindakan pihak polis itu bagaimanapun menjadi bualan hangat di laman sosial.

Ada yang bersetuju cara hukuman itu walaupun agak luar biasa, tetapi tidak kurang pula membantah kerana kata mereka, sepatutnya yang perlu dihukum ialah pelanggan di rumah maksiat itu dan bukan pelacur.

Share:

0 comments