Header Ads

Kaki Wayang Civil War Captain America

Civil War Captain America
Kaki Wayang kali ini menonton sequel filem Marvel yang terkenal iaitu The Avenger tetapi dalam filem ini ia dinamakan Civil War: Captain America.

Tak salah kalau aku katakan ia gabungan The Avenger dan sequel filem Captain America.

Filem kalau berkisar Iron Man memanglah semua orang teruja...hahahaha. Tapi watak paling menonjol dalam filem ini ialah Captain America.

Untuk memahami filem ini anda mesti dan wajib menonton kesemua sequel The Avenger dan sequel filem Captain America dan sedikit pengetahuan tentang filem Antman serta Spiderman.

Itu dia!!! Tapi aku rasa anda semua tidak pernah terlepas menonton kesemua filem yang aku sebutkan inikan..

Kekeliruan pada penonton aku rasa ialah watak manusia kenit yang membantu Captain America. Bini aku berulangkali tanya siapa tu. Aku katakan ia adalah Antman. Barulah ia faham. Aku tak salahkan wife aku sebab Antman baru diperkenalkan tahun lepas. Belum ada sequel lagi dan ia tak terkenal macam Spiderman.

Filem ini berkisar tentang pergolakan antara Iron Man dan Captain America dimana Iron Man mahu menandatangani Persetiaan Solvakia iaitu The Avenger akan dikawal oleh PBB tetapi Captain America tak setuju.

Menambah pergolakan antara mereka apabila kawan lama Captain America iaitu Buck didapati mengebom PBB hingga menyebabkan beberapa kematian.

Siapa Buck? Buck adalah rakan Captain America siri pertama dimana beliau mati dan dalam sequel kedua iaitu Winter Soldier ia menjadi alat Hydra. Captain America percaya ia dianiaya.

Dalam filem ini ujud hero baru Black Panther yang membalas dendam kematian ayahnya susulan letupan di PBB.

Selain itu watak-watak filem yang lepas di The Avenger Ultron juga ada. Aku lupa lak nama mereka, banyak sangat ler.

Adegan pergaduhan antara orang-orang Captain America dan Iron Man paling best sekali. Gelagat Spiderman dan Antman memang kelakar.

Adegan pergaduhan walaupun nampak terlalu sengit namun sifat persahabatan mereka tetap utuh sebagai bekas rakan sepasukan. Cuma yang membezakan mereka hanyalah pendirian masing-masing. Mereka bergaduh kerana terpaksa.

Akhirnya persahabatan Captain America dan Iron Man putus apabila Iron Man mengetahui kisah sebenar kematian ayah dan ibunya.

Siapa yang membunuh ayah dan ibu Iron Man?
Siapa dalang sebenar pertelingkahan mereka?
Semuanya akan terjawab apabila anda menonton filem ini.

Ranking yang kaki wayang boleh berikan ialah 4.8/5.
Terbaik!!!!!
Civil War Captain America

No comments