Latihan Terakhir Paintball Sebelum Tournament

Latihan Terakhir Paintball Sebelum Tournament

Latihan terakhir paintball pada 2/5/2016 sebaik sahaja pulang dari kerja. Mengantuk ler tapi dah janji dengan rakan-rakan sekerja maka kena datang.

Ini kali kedua kami berlatih tapi dengan kumpulan yang lebih kecil hanya 11 orang sahaja. Puas juga kami bermain. Kali ini dapat bantuan dari brader Flashing Point tempat kami berlatih teknik-teknik yang harus digunakan.

Back to back teknik iaitu basic asas dalam paintball harus digunapakai. Aku tak pasti samada ungkapan "back to back" itu betul atau todak tapi asasnya pihak belakang akan melindungi rakannya di hadapan untuk memastikan mereka mudah bergerak.

Aku amalkan teknik dan berjaya membunuh dua mush aku...hehehehehehe. Tak yah penat lari-lari , kerja back up team pastikan rakan kau selamat dan menjadi mata kepada rakan kau. Komunikasi amat penting sekali untuk memastikan rakan kita selama.

Itu yang mereka ajar kepada aku tapi teori memang lah best tapi bila kau padang tu mahu kelam kabut.
Walau apapun kumpulan kami dah bersedia pada 8/5/2016 ini untuk pertandingan anjuran kilang tempat aku bekerja AuoSunpower.

Tujuan bukanlah nak menang tapi sekurang-kurangnya ada sikit melawan pihak lawan...hahaha
Latihan Terakhir Paintball Sebelum Tournament






Share:

0 comments