Oxy Ssak Ssak Bunuh 92 Orang Di Korea

 Oxy Ssak Ssak Bunuh 92 Orang Di Korea
Seorang ketua eksekutif dari sebuah anak syarikat barangan pengguna, British Reckitt Benckiser (RB.L) ditampar ketika sedang membuat permohonan maaf selepas syarikat berkenaan menyebabkan kematian lebih 100 orang berikutan daripada penjualan bahan nyah jangkitan alat pelembap udara.

Ketua Reckitt Benckiser Korea dan Japan, Ata Safdar dilihat menunduk beberapa kali di hadapan hadirin yang hadir termasuk ahli keluarga serta waris terlibat sebagai tanda memohon maaf di atas pengeluaran bahan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Korea Selatan memaklumkan bahawa seramai 92 orang telah maut dipercayai berkait rapat dengan penggunaan Oxy Ssak Ssak, cecair nyah jangkit alat pelembap udara yang dijual syarikat itu.

“Oxy RB menerima tanggungjawab atas peranan dimainkan produk Oxy RB dalam kejadian itu dan kelewatan kami menyediakan penawar sebaiknya.

“Ini merupakan kali pertama kami menerima serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan kami turut memohon maaf di atas kejadian ini,” kata Safdar.

Selepas Safdar membuat permohonan maaf tersebut, seorang lelaki telah menjerit dan menaiki podium lalu menampar bahagian belakang kepalanya beberapa kali.

Safdar kemudiannya meneruskan ucapannya selepas insiden tersebut.

Safdar berkata, sebilangan daripada 178 orang pengguna produk tersebut terdiri daripada individu yang dipercayai telah terkesan dengan bahan itu dan pihaknya juga turut menggariskan rancangan bagi menubuhkan sebuah panel pampasan selepas ini.

Selain daripada itu, Safdar turut mengumumkan dana kemanusiaan berjumlah 5 bilion won (RM3.4 juta) sebagai bantuan bagi mereka yang terlibat.- Reuters

 Oxy Ssak Ssak Bunuh 92 Orang Di Korea

Share:

0 comments