Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Disabotaj


Gila!!! Semenjak 2010 dipercayai Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) telah disabotaj hinggakan Malaysia menjadi transit pemerdagangan manusia.

Sistem biometrik yang kita kecoh-kecoh wajib untuk setiap pekerja asing dibuat tapi tak dipasang di pintu masuk negara..hahahaha.

Inilah Malaysiaku, 6 tahun sistem tak beroperasi dan biometrik tak berfungsi baru hari ini dikesan. Apa gunanya audit...rupanya hampas.

Jika salah satu agensi penting dalam negara seperti imigresen boleh membuat benda macam ini...wajarlah kita lihat terdapat 4 juta pendatang asing di negara ini.

Ikan-ikan bilis imigresen yang jujur kerja siang malam menangkap pendatang asing sambil meredah lumpur dan kotor kawasan belukar hanyalah satu kerja sia-sia apabila si pihak atasan yang memantau Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) ni goyang kaki dan melepaskan lagi ramai pendatang asing.

Kegiatan mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) di Jabatan Imigresen didapati berlaku sejak tahun 2010, kata ketua pengarah (KP) Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama semalam ketika diminta mengulas mengenai myIMMs yang dipercayai mempunyai unsur sabotaj seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lepas.

Sakib berkata:"Aktiviti mensabotaj sistem myIMMs berlaku semenjak 2010 dan telah sampai ke tahap yang serius yang memerlukan tindakan yang tegas."

Pihak imigresen telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat namun siasatan masih diteruskan dan akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya.

Tanpa mendedahkan jumlah individu yang terlibat dalam kegiatan itu, Sakib berkata Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi penjawat awam dan akta-akta yang bersesuaian sekiranya tindakan mereka didapati boleh menjejaskan keselamatan negara.


Beliau berkata Jabatan Imigresen bersama Polis Diraja Malaysia sedang bekerjasama menjalankan siasatan bagi membanteras aktiviti mensabotaj sistam myIMMs ini.

Selasa lepas, satu pasukan petugas yang diketuai ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim telah ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan sistem myIMMs.

Alwi berkata pasukan itu kini dalam proses mengumpul dokumen berkaitan bagi mengenal pasti kelemahan pelaksanaan myIMMs.

Dalam LKAN 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.

Share:

0 comments