Anak Buah Ke Politeknik Balik Pulau - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Anak Buah Ke Politeknik Balik Pulau

Politeknik Balik Pulau
Tahniah buat anak buah aku kerana berjaya meneruskan pembelajarannya dengan memasuki Politeknik Balik Pulau Penang. Hari ini adalah tarikh pendaftarannya iaitu 13/Jun/2016.

Semoga terus berjaya dalam mengejar ilmu yang tiada penghujung. Adakah kita rajin atau malas mengejarnya ianya satu persoalan. Yang penting semuanya datang dari hati kita.

Allah memberi kita peluang menimba ilmu dan janganlah kita persiakannya. Dan juga jangan persiakan keriangan hati ibubapa kita yang sudah
pasti bertungkus lumus mempersiapkan kita. Wang bukan masalah buat mereka tetapi kegembiraan kamulah yang menjadi asas kegembiraan kamu.


Mesti hati ibubapa kamu riang melihat anak mereka tersenyum mendapat tawaran menyambung pelajaran. Itu sahaja yang mereka mahu melihat anda tersenyum....

Semoga di Politeknik Balik Pulau carilah kawan-kawan yang boleh membantu dalam pelajaran. Jangan mencari rakan-rakan yang gila-gila dan malas belajar.

Luangkan masa menyertai aktiviti kokurikulum di Politeknik Balik Pulau yang banyak terdapat di pusat pengajian. Masa terluang yang di isi oleh aktiviti kokrikulum bisa membantu pemarkahan dan elakkan kita dari percampuran yang salah.

Tahniah Hafiz...
Tahniah Kakakku..

No comments: