Header Ads

Blogger Kini Meletakkan Google Friend Dalam Overview


Hairan aku dengan Google ini sebab semalam apabila aku log in blog aku. Aku melihat ada tambahan dalam overview stat blog dengan meletakkan jumlah orang Goggle Friend anda.

Setahu aku Google hampir sahaja mahu tamatkan Google Friend ini dalam 2 tahun yang lalu apabila mereka dah melabur sejumlah wang dalam Google Plus.

Tujuan utama Google Plus pun untuk bersaing dengan Facebook dan kalau boleh musnahkan Facebook dan jadikan Google Plus sebagai pemangkin utama dalam media sosial.

Itu perancangan mereka dan untuk mengelakkan gangguan mereka harus hapuskan Google Friend tetapi hingga kini masih tak ditamatkan.

Malah tahun ini meletakkan Google Friend dalam stat overview...hahahahah.

Kelakar Google ini, apa yang aku rasa ialah mereka tahu Google Plus gagal bersaing dengan dunia media sosial. Bukan sahaja Facebook tetapi Instagram mahu pun Telegram.

Kasihan dengan Google...pelaburan yang gagal. Dan disebabkan itu mahu tak mahu aku pun terpaksa pasang balik widget Google Friend ini.

Aku terpaksa ikut trend Google..sebab itu boss besar aku. Tapi aku tetap pasang widget Google Plus juga sebab ahli aku dah 3K lebih woiiii...

No comments