Kepala Anak Tersumbat Paip Plastik

Kepala Anak Tersumbat Paip Plastik

Seorang bapa berdepan detik cemas apabila paip plastik tersekat pada kepala anaknya yang berumur lima tahun.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, ia menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bercakap dan mengalami sesak nafas.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu dan bapanya sibuk melayan pelanggan di kedai mereka tanpa memberikan perhatian kepada kanak-kanak terbabit.

Menurut bapanya, kanak-kanak itu selalu dibiar bermain sendirian di kedai mereka dan tidak pernah menimbulkan sebarang insiden sebelum ini.

Si bapa cuba melepaskan anaknya daripada paip plastik berbentuk ‘L’ itu, bagaimanapun cubaannya tidak berjaya dan memaksanya untuk menghubungi polis.

Polis mengesahkan tidak dapat membuat sebarang tindakan sebelum kes tersebut diserahkan kepada pihak bomba.

Kedatangan pihak bomba akhinya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

Pihak bomba dikatakan mengambil masa sehingga 20 minit untuk mengeluarkan paip berkenaan daripada kepala kanak-kanak terbabit dengan menggunakan alat khas.

Tags:

Share:

1 comments