Header Ads

Keputusan PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar


Calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid telah diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas meraih majoriti undi sebanyak 6,969

Manakala kerusi Parlimen Sungai Besar turut dimenangi oleh calon BN iaitu Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti undi sebanyak 9,191

Kemenangan kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sekali gus menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan daripada dirampas oleh parti pembangkang.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar :-

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun (Amanah) : 4,883 undi
Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 tahun (PAS) : 5,684 undi
Datin Mastura Yazid, 55 tahun (UMNO-BN) : 12,653 undi
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) : 54 undi

MAJORITI : 6,969 undi.

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016

BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : 16,800 undi
PAS : Dr Abdul Rani Osman : 6,902 undi
AMANAH : Azhar Abdul Shukur : 7,609 undi

MAJORITI : 9,191 undi

No comments