Header Ads

Klikjer.com Pilihan Terbaru Pengiklanan Hanif Idrus Blog

Klikjer.com

Klikjer adalah satu website yang memfokuskan kepada penerbitan produk digital dalam bahasa melayu. Klikjer juga menyediakan program affiliate yang terbuka kepada anda yang berminat untuk buat duit secara online. Anda boleh mula buat duit dengan mempromosikan produk-produk digital di bawah penerbitan Klikjer.

Affiliate sebenarnya adalah satu jalan mudah dalam memperomosikan produk mana-mana syarikat tetapi ia memerlukan banyak usaha dalam mendapatkan komisen dari program affiliate ini.

Bagi aku pula. setelah putus hubungan dengan Google Adsense apabila aku menukar domain telah membuat aku terawang-awang mencari punca pendapatan untuk blog aku ini.  Dari memakai Bidvester hingga menyebabkan blog aku kerap kena Malware hinggalah ke Nuffnang. Tetapi akauan Nuffnang aku pula di hack setelah telepon pintar aku dicuri.

Aku telah mengambil langkah menggunakan Klikjer sebagai platform untuk blog aku ini. Memang sukar tetapi rasanya telah tiba masa untuk belajar secara serius.

Tetapi buat masa sekarang aku hanya tepek sahaja iklan Klikjer di blog aku tanpa ada apa-apa usaha. Janji ada iklan yang boleh ditampal buat masa sekarang dan lepas ini baru aku fokus untuk mencapai jualan yang disasarkan. amin.

Klikjer menjadi pilihan sebab ia mempunyai banyak pilihan produk digital yag boleh kita jual. Itu juga menjadi salah satu sebab ia menjadi pilihan aku.

1 comment

Afif Rayyan said...

Semoga tuan dimurahkan rezeki lepas nie.. Aminnn