Header Ads

Melaka Diserang Virus Difteria.


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria Difteria.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Ghazali Othman, berkata kanak-kanak berbangsa India berasal dari Ujong Pasir, di sini, itu meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Melaka.

Susulan kejadian itu, katanya, pihak hospital mengesan seorang daripada adik-beradik mangsa yang turut dijangkiti virus berkenaan dan kini dirawat di hospital sama. "Sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah digerakkan dan memeriksa sebanyak 1,370 rumah di kawasan Ujong Pasir.


"Hasil pemeriksaan, kita mengambil sebanyak 19 sampel calitan pada tekak dan kemudiannya dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk didianogsis, "katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita melalui aplikasi WhatApps yang meminta orang ramai supaya mengelak mengunjungi kawasan Ujong Pasir, terutama kanak-kanak akibat virus Difteria yang dikatakan sedang merebak.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata wabak berkenaan masih terkawal dan bukan berada pada tahap membimbangkan. "Setakat petang ini, keadaan masih lagi terkawal dan tindakan mengesan kes baharu sedang diteruskan dan orang ramai juga tidak perlu panik.

"Bagaimanapun, sesiapa mempunyai anak yang mengalami demam dan sakit tekak diminta segera mendapatkan rawatan ke hospital atau klinik berhampiran.

1 comment

Wisata Aceh said...

saya malahan baru mendegarnya pak (y) senang bisa singgah di sini :) salam kenal :)