Menegur Tidak Bertempat

Menegur Tidak Bertempat
Kadangkala aku rasa orang melayu ini memang bermasalah ler. Kalau dia buat sedikit perkara baik mulalah dia macam terer.
Kalau ada sedikit ilmu mulalah tunjuk pandai.

Macam contoh kat atas tu, ada ler hamba Allah ni pakai seksi. Di tegurnya melalui ruangan komen dengan cara yang agak kasar.

Aku baca pun rasanya macam tak patut. Memang ler awek tu nak pakai seksi dan pandangan mata kau lihat tidak beradab. Apa kata jumpa face by face atau macam dia kata mesej peribadi di FB dia.

Itu yang terbaik. Bukannya menonjolkan diri kau adalah manusia yang terbaik dan awek tu kau dah chop masuk neraka kalau pakai seksi macam tu.

Akhirnya, apa yang aku lihat. Tiap-tiap hari aku lihat kat FB awek tu pakai seksi...hahahaha.

Teguran yang salah menyebabkan bukan penambahanbaikan tetapi kau menyumbang awek tu pakai lagi seksi.

Dan kau juga termasuk dalam dosa yang dilakukannya atas cara kau menangani isu tersebut secara salah.

Perkara ini bukan berlaku pada awek ini sahaja tetapi ramai yang dah terkena.

Kita kena ingat manusia ini mudah lupa apatah bila tengah eksited dapat baju baru yang dia tempah kat Lazada dah sampai. Dia test ler dan tujuan nak menunjukkan baju baru tetapi tidak disangka mendapat kecaman.

Mungkin itu cerita sebenar. Orang Melayu biasalah bukan suka selidik sesuatu perkara tersebut. Dapat cerita tah mana-mana sumber..mulalah viralkan.

Kalau nak menegur bertempatlah dan berpada-pada.

Pada awek ini, aku pun rasa apa yang kau katakan memang benar. Tetapi deep in your heart cuba kau fikir apa yang penulis komen kau kata pun betul.

Cuma cara dia memang macam hawau!!!
Jangan protes dengan pakai lagi seksi...bukan semalam kita boleh berubah. Tapi sedikit demi sedikit..

Share:

0 comments