Nak Raya Perkara Wajib Ialah Kemas Rumah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Nak Raya Perkara Wajib Ialah Kemas Rumah

Nak Raya Perkara Wajib Ialah Kemas Rumah
Tak lama lagi hari raya akan menjelma dan aktiviti sebelum raya yang paling aku menyampah ialah mengemas rumah. Paling menyampah sekali antar ayang menyampah ialah lap kipas siling. Entah kenapa aku paling berat nak buat benda ini pun aku pun tak tahu..hehehehe

Nasib baik tahun ini tak der aktiviti mengecat rumah, kalau tak mahu patah pinggang aku ..Dulu masa muda-muda boleh layan dua rumah sekaligus tapi kini nak cat sebelah tembok pun tak larat. Atau malas...hehehehehe.

Kadang kala aku pun hairan kenapa baru nak raya, semua orang sibuk nak cat rumah, nak lap kipas , nak cat frame gambar dan lain-lain. Kenapa tak buat sebelum bulan Ramadhan.

Ini tidak, masa bulan puasa kau sibuk nak mengemas rumah dan kalau nasib baik mungkin buka awal sebab penat sangat..hahahaha.

Tapi itulah tradisi semua rakyat Malaysia tak kira Melayu atau bangsa lain, nak raya baru sibuk kemas rumah. Sebab dari situ keriangan nak beraya akan bermula. Nampak sibuk hendak meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Saya mengucapkan selamat mengemas rumah untuk semua rakan-rakan, Masa tengah menaip ini pun, wife aku sedang menyusun langsir baru. Siapalah yang kena gantung ini...huhuhuhu.
Nak Raya Perkara Wajib Ialah Kemas Rumah

No comments: