Header Ads

Pekerja Hong Kong Paling Letih Di Dunia? Malaysia Lagi Letih!!!

ekerja Hong Kong Paling Letih Di Dunia? Malaysia Lagi Letih!!!


Fakta yang salah ini, pekerja Malaysia ler yang paling letih bekerja. Sebagai contoh pekerja kilang sehari bekerja selama 12 jam selama 5 hari iaitu 60 jam seminggu!!!

Kalau harapkan gaji 8 jam seminggu dengan ekonomi Malaysia macam hawau sekarang ini dengan peningkatan harga barangan. Ramai rakyat Malaysia yang dah kebulur!!

Itu belum termasuk purata pekerja Malaysia yang melakukan 2 kerja sehari yang memakan tenaga 16 jam sehari!!! Ini bukan soal rajin tetapi soal survival dalam kehidupan yang semakin susah di Malaysia.

So agensi keparat UBS yang membuat kajian ini datanglah ke Malaysia dan periksa semua kilang di Malaysia rata-ratanya bekerja 12 jam sehari selama 5 hari belum termasuk OT pada hari cuti mereka.
Jom baca kajian oleh UBS ini yang berasal dari China...

Warga kerja di Hong Kong disenaraikan paling 'letih' di dunia dengan waktu kerjanya 50 jam seminggu.

Mengikut laporan yang dibuat UBS, sebuah syarikat korporat yang terkenal di China, hasil kajian dibuat ke atas 71 bandar raya dan 15 jenis profesion, didapati warga kerja di rantau Asia paling rajin dan terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki dengan waktu yang lebih lama.

Daripada senarai 10 bandar raya di dunia dengan jumlah masa kerja paling lama, tujuh daripadanya adalah datang daripada negara Asia.

Sebaliknya, warga kerja di rantau Eropah paling tidak tertekan apabila daripada senarai 10 bandar raya dengan jumlah masa kerja yang paling sedikit, semuanya datang daripada negara-negara Eropah.

Mengikut laporan tersebut, hasil kajian daripada 71 bandar raya, secara puratanya jumlah tempoh waktu kerja ialah 36.23 jam seminggu.

Selepas Hong Kong, warga bandar raya kedua paling 'teruk kerja' ialah Bombay, diikuti Mexico, New Delhi dan Bangkok.

Manakala Paris dan Lyon, kedua-dua dari Perancis merupakan dua bandar raya paling relaks, dengan masing-masing jumlah masa kerjanya ialah 30.84 jam seminggu dan 31.36 jam seminggu.

Ini diikuti tempat ketiga, Moscow (31.67 jam seminggu), keempat, Helsinki (31.90 jam seminggu) dan kelima, Vienna (32.26 jam seminggu).

Laporan itu turut menyebut, warga kerja di Paris hanya perlu kerja selama lima hari seminggu dengan purata masa kerja sehari ialah hanya 6.17 jam!

No comments