Selamat Hari Bapa 2016

Selamat Hari Bapa 2016
Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. Many countries celebrate it on the third Sunday of June, though it is also celebrated widely on other days by many other countries.

Selamat Hari Ayah sedunia kepada semua ayah-ayah yang ada diluar sana. As usual sambutan hari ayah tidaklah sehebat sambutan hari ibu.

Ayah selalu dilupai dalam sesuatu majlis atau peringatan seperti ini. Tapi itulah hakikatnya kerana ianya lumrah dalam kehidupan ini.

Ayah...memang jarang ada dirumah. Bekerja seharian mencari uang untuk membahagiakan isteri dan anak-anak. Sedikit sebanyak sudah tentu kemesraan itu agak kurang berbanding dengan ibu.

Ayah..kewajipannya haruslah tegas sebagai ketua keluarga. Orang yang tegas sudah tentu kurang disukai atau mesra dipandangan mata anak-anak.

Ayah...emosinya memang jauh dari seorang ibu. Amat tidak bijak menunjukkan yang ia sayangi anak-anaknya. Berbanding ibu yang lemah lembut serta terserlah kasih sayangnya.

Namun...jika di selam hati seorang ayah. Nyawa sanggup di korban untuk keluarganya. Biar dirinya namun keluarganya tetap harus diceriakan. Itulah seorang ayah.

Tahukah kamu bagaimana kerasnya mereka bekerja. Pernahkah dengar mereka selalu mengeluh tiada wang didepan kamu.

Seorang ayah sentiasa menganggap anak mereka yang dewasa seperti anak kecil. Itulah kerimasan anak-anak terhadap kawalan ayah yang tidak memberi kebebasan kepada mereka. Rimas!!!

Tapi itulah ayah..sentiasa melindungi keluarganya hingga terlupa anak mereka sudah boleh berdikari.

Kepada semua ayah disana ...saya ucapkan selamat Hari Bapa kepada semua...

Jangan sedih jika kita dilupakan pada hari sebegini. Itu semua lumrah dunia..hahaha.

Share:

0 comments