Plat F1 Sultan Johor Berharga RM836,660 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Plat F1 Sultan Johor Berharga RM836,660


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 iaitu nombor baharu bagi Putrajaya dengan harga RM836,660.

Keputusan nombor plat berkenaan ditampal di Kementerian Pengangkutan Bahagian Perlesenen Kenderaan, kira kira 3 petang tadi.

Ia dituruti dengan nombor plat F2 yang dibida sebanyak RM514,800 diikuti F9 dan F7 masing masing berharga RM404,800 dan RM396,000.
Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, ‘F1’ mampu dijual sehingga melebihi RM1 juta.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad dipetik berkata, jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.

No comments: