Azizulhasni Awang Raih Gangsa Berbasikal Keirin - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Azizulhasni Awang Raih Gangsa Berbasikal Keirin


Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang, mencipta sejarah selaku pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Sukan Olimpik selepas meraih pingat gangsa acara itu di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Terengganu itu akhirnya berjaya membawa pulang pingat daripada temasya berprestij itu selepas gagal dalam percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Kejayaan The Pocket Rocketman itu menyumbang pingat, adalah pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Dalam perlumbaan akhir keirin itu, banyak kontroversi berlaku, dengan perlumbaan dua kali dibatalkan apabila pelumba memecut lebih awal sebelum motosikal pengiring keluar dari trek.

Pingat emas dimenangi Jason Kenny dari Britain manakala tempat kedua milik Matthijs Buchli dari Belanda.

"Sukar untuk merungkai perasaan saya, bangga, terharu gembira dan sedih pun ada. Saya telah berusaha yang terbaik sejak Beijing dan London lagi.

"Matlamat asal adalah untuk mememangi pingat emas di Rio tetapi saya telah berikan yang terbaik buat Malaysia.

"Saya masih muda lagi, panjang lagi kerjaya dan prestasi saya masih berada di tahap yang terbaik.

"Kemenangan pingat gangsa ini merupakan permulaan yang baik untuk saya beraksi dengan baik lagi di Tokyo 2020," kata Azizul.

No comments: