Header Ads

Chong Wei Kalahkan Lin Dan Separuh Akhir Olimpik Rio 2016


Tahniah buat Dato LCW akhirnya memenangi separuh akhir pertama negara melalui single separuh akhir badminton.

Saat-saat akhir amat beremosi....mata LCW 20 manakala Lin Dan 18 tetapi Lin Dan dapat kejar jadikan mata yang sama 20-20.

Fuhhh!! terasa nak jatuh jantung..saat-saat akhir amat stresss...... Tapi akhirnya LCW berjaya jua....
Tahniah buat Dato LCW yang telah tercapai untuk mengejar emas pertama negara.

Kita semua tahu badi utama LCW dalam dunia badminton ialah Lin Dan. Dan akhirnya badi tersebut terurai dengan kemenangan beliau.

Pemain badminton negara Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki sebentar tadi in Rio de Janeiro.

Pemain nombor satu dunia Chong Wei berjaya mengekang kehebatan juara Olimpik dua kali dari China ini dengan mencatat keputusan 15-21, 21-11, 22-20 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Lawan Chong Wei di final akan ditentukan dalam perlawanan separuh akhir kedua di antara pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pemain China, Chen Long sebentar lagi.

Perlawanan akhir bagi merebut pingat emas perseorangan lelaki akan berlangsung pada Sabtu, 20 Ogos, jam 8.20 malam.

Ini merupakan kali ketiga Chong Wei bertemu Lin Dan di Olimpik, setelah pertemuan mereka pada final perseorangan lelaki 2008 di Olimpik Beijing dan 2012 di Olimpik London.

Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan, Chou Tien-chen 21-9, 21-15 pada peringkat suku akhir.
Dalam perkembangan sama, Malaysia berpeluang memperoleh satu lagi pingat emas melalui acara badminton hari ini apabila pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong turun menentang pasangan China, Fu Haifeng dan Zhang Nan pada final jam 10.15 malam.

No comments