Header Ads

Datuk Lee Chong Wei Layak Separuh Akhir Olimpik Rio 2016


Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu yang menjadi sandaran memenangi pingat emas mara selepas mudah menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15 dalam masa 40 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei mengekalkan rekod sempurna ke atas Tien Chen apabila memenangi semua lima perlawanan.

No comments