Header Ads

Deadstorm Pirates Akhirnya Ditakluki


Hari ini aku dan anak aku berjalan ke JayaJusco AEON hanya semata-mata nak main arked Deadstorm Pirates yang tak dapat kami habiskan setelah mencuba berkali-kali.

Budget main arcade kat shopping ini memang mahal ler. Sebagai contoh Deadstorm Pirates untuk permulaan 4 token seorang dan kalau 2 orang berjumlah 8 token aka RM 8 hinggit!!!. Kalau kau sambung lepas nyawa mati sorang kena 2 token.

Bayangkan ia ada 4 level mahu parah kau dibuatnya. Aku tahu kosnya dan sebab itu budget maksimum aku RM50 jer sekali main. RM25 sorang iaitu aku dan anak aku.

Setakat dah 4 kali main dengan budget RM50 kami tak pernah lepas level akhir.

Tapi setelah berlatih beberapa kali akhirnya pada hari ini kami telah tamatkan permainan ini dan membuat rekod baru!!!! Eyahhh!!!!

Puas hati aku dapat habiskan game ini dan tulis nama kat komputer. Aku rasa tak der siapa yang dapat pecahkan rekod aku ini.

Orang gila jer nak perabih RM50 untuk main game...hahahaha.

Dulu masa aku muda dalam tingkatan lima, satu game hanya RM0.20 sahaja atau 20 sen. Sampai satu tahap aku boleh habis main game sampai habis dengan 0.20 sen sahaja. Terutama game yang terkenal pada zaman aku iaitu Street Fighter. Aku pakai Alex Guile iaitu hero Amerika power dia kat kaki dan tangan boleh keluar bom berapi...hehehehe.

Berbalik pada RM50 adalah base guide aku untuk main game ini. Kalau tabur RM100 memang dari dulu dah habis tapi tak der feeling ler.

Standard RM50 sampai game over. Dan mungkin akan datang nilai untuk game over Deadstorm Pirates aku hanya bernilai sorang RM12 sorang untuk tamatkan game ini.

Aku mungkin gila, tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan. Sebab satu lagi ialah aku main dengan anak aku.

Dari sudut psikologi kalau aku hentikan pertarungan game ini ia seolah mengajar anak aku berputus asa. Sebab itu aku kata kat anak aku, kita challengge dengan RM50. Habis duit kita stop. Lain kali kita cuba lagi sampai berjaya.

Dan akhirnya practise make perfect. Ada level tu kami langsung tak mati malah dapat life recovery lagi.. Tetapi ada level yang makan duit kami terutama lawan sotong gergasi tu..
Huh!!!!

Kami pulang dengan senyuman dan paling best ramai yang menonton dari belakang. Tah-tah mengumpat...apa ler brader ini dah tua-tua main game lepas tu bising-bising kat anak dia berumur 10 tahun tembak tak betul.

Aku mengajar oiiii!!! Teknik menembak yang betul agar tak cepat mati... Mana dia orang tahu...ayahnya sedang turunkan ilmu game kat anak dia...ahaks.

No comments